N95 merealisasikan gajet impian

Sememangnya model terbaru Nokia ini merupakan produk yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan peminat telefon bimbit kerana mempunyai pelbagai fungsi sehinggakan ia digelar ‘komputer multimedia’ oleh Nokia.

Mungkin gelaran itu tidak keterlaluan kerana telefon yang boleh disorot ke atas dan bawah ini kerana mempunyai segalanya – dari talian 3G terkini (HSDPA), WiFi, kamera 5 megapiksel sehinggakan navigasi menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS).

Advertisements

Kingston Data Traveler ReadyFlash (DTR)

Kingston Data Traveler ReadyFlash (DTR)

Pemacu Flash USB 2.0 terbaru daripada Kingston ini dipertingkatkan dengan Windows ReadyBoost bagi persediaan operasi Windows Vista. Ia direka dan diuji oleh Kingston berdasarkan spesifikasi keupayaan yang digariskan oleh Microsoft. Ia turut ditambah sistem memori DRAM untuk membolehkan data dan aplikasi diproses dengan pantas iaitu 5MB sesaat untuk bacaan 4k dan 3MB sesaat untuk menulis 512k pada keseluruhan pemacu. Bersaiz hanya 67.7mmx20.8mmx9.0mm, pemacu ini mudah dibawa dan boleh dijalankan dengan hanya menyambungkan ia kepada port USB 2.0. Pengguna boleh memilih kapasiti 1GB atau 2GB dan ia turut disertakan dengan lima tahun jaminan.

Samsung SGH-E570

Khusus bagi penggemar telefon bimbit bergaya dan mempunyai pelbagai fungsi menarik, SGH-E570 dari Samsung ini menampilkan reka bentuk binaan istimewa. Ia menawarkan rekabentuk cengkerang (clamshell) dengan kontur licin, cengkaman seimbang untuk keselesaan pada tangan, dan permukaan badan telefon berkilat. Pilihan Warna merah jambu Sweet Pink atau Viola Black apabila digabungkan bersama perak menyerlahkan lagi personaliti pengguna.Selain itu, telefon bimbit ini juga dilengkapi kamera 1.3 megapiksel, kamkorder untuk rakaman 3GP format H.263+AMR dan memori 20MB. Fungsi pemain MP3 pula memberi kebebasan kepada pengguna menikmati muzik di mana-mana sahaja dan ia juga disertakan bersama sambungan tanpa wayar dan wayar bagi Bluetooth, EDGE serta keupayaan WAP 2.0. Pengguna boleh menikmati kemudahan fon speaker dan kekal sihat dengan aplikasi Pedometer terbina untuk mengira langkah berjalan.

Kaum wanita pasti akan menyukai fungsi ‘Women’s Life’ yang boleh didapati pada SGH-E570 ini. Ia menawarkan fungsi khusus untuk wanita seperti wangian yang bersesuaian, kaunter kiraan kalori, jadual dengan tema merah jambu, bio-rhythm, kadar keberatan dan senarai membeli-belah.

Permainan

   


Sparta: Ancient Wars telah menerima tempias daripada kejayaan filem 300 yang menyedarkan kita tentang kehadiran sekumpulan pahlawan Sparta seramai 300 orang. Malangnya pemain akan mengaitkan permainan ini dengan filem wayang itu walaupun ia tiada kaitan langsung. Ini akan membuatkan para peminat filem itu dan juga pemain akan membandingkan permainan ini dan meletakkan harapan yang tinggi. Hasilnya permainan Sparta: Ancient Wars hanya memberikan permainan strategi masa nyata yang biasa berbanding dengan permainan dalam genre yang sama.
Terdapat tiga kempen dalam Sparta: Ancient Wars yang memberikan anda bermain dari sudut Spartans, Egyptians, atau Persians. Pada asasnya, Persians yang agresif dibawah pimpinan Xerxes ingin menakluki dunia tetapi Spartans yang berani akan menghalang mereka. Manakala, Egyptians pula cuba melepaskan diri daripada tekanan Persian. Beberapa watak terkenal dalam sejarah seperti Leonidas, raja Spartan juga akan muncul dalam permainan ini. Setiap kaum mempunyai keunikan sendiri contohnya Persians mempunyai orang yang dikatakan tidak boleh mati dan setiap kaum akan melakukan kerja dalam cara yang berlainan. Contohnya Spartans melombong emas tetapi Egyptians akan memilihnya.Jika anda pernah bermain permainan strategi, anda pasti akan merasa mudah dengan Sparta. Anda memerlukan pekerja untuk mengutip tiga sumber asas iaitu makanan, kayu api dan emas, yang digunakan untuk sebarang benda daripada pembinaan bangunan hinggalah sumber teknologi. Sumber paling terhad adalah emas dan ia merupakan sumber paling berharga dan anda boleh menuainya pada kadar tertentu sahaja tanpa mengira jumlah pekerja yang anda ada. Anda perlukan masa yang mencukupi untuk mengumpul emas dan melakukan penyelidikan teknologi yang anda perlukan untuk membina struktur bangunan. Untuk itu anda perlu membina dinding dan perangkap untuk melengahkan musuh yang sering tahu apa yang anda buat dan dapat memusnahkan segala perangkap dengan senjata jarak jauh.Permainan Sparta: Ancient Wars cuba memperkenalkan jalan cerita baru dalam permainan RTS yang biasa ini. Peperangan kapal laut dalam permainan ini adalah lebih menarik berbanding dengan permainan strategi yang lain kerana anda boleh menentukan jenis anak kapal yang seterusnya akan memberi kesan kepada keupayaan kapal itu dalam peperangan. Contohnya anda boleh mengarahkan anak kapal menaiki kapal musuh dan tentera yang mengendali kapal itu akan cuba mengawal kapal musuh. Cara lain adalah untuk anda membina unit-unit tertentu untuk membina berek kapal, sebagai anak pemanah dan untuk membina senjata yang diperlukan. Anda perlukan senjata primer dan sekunder untuk unit-unit tertentu, di mana anda perlu ingat lebih berkuasa senjata atau pelindung itu lebih mahal untuk dibina. Dengan itu anda boleh mengumpulkan banyak sumber, membina banyak lot bangunan dan menyerang musuh dengan angkatan yang besar jika anda berjaya melakukan tugas anda dengan baik.

Positif : Grafik.
Negatif : RTS yang biasa. Tahap kepayahan tidak menentu. Audio dan suara sederhana

Gajet Unik – Memberi anda cara baru menikmati teknologi

* Pemacu USB Boleh Dimakan?


Pemacu USB satu keperluan dalam era moden masa kini. Tidak lengkap rasanya jika kita berkerja dengan komputer hampir setiap masa namun tidak memiliki pemacu USB. Untuk memberi kelainan dan sedikit keseronokan pada pemacu USB, pereka di Jepun tampil dengan idea menghasilkan kerangka pemacu USB dalam bentuk Sushi. Ia kelihatan begitu realistik sehingga anda ingin makan satu. Ia boleh didapat dalam pelbagai storan memori termasuk 128MB, 256MB, 512MB, 1GB, 2GB dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapati bermacam-macam rekaan pemacu USB unik dan menarik telah pun berada di pasaran bertujuan memberi personaliti tersendiri pada pemiliknya. Namakan sahaja rekaan yang anda mahukan seperti bentuk baju, perabot, kereta, anggota badan dan makanan, semuanya ada untuk anda miliki.

* Dok iPod dalam tandas


Unik, pelik, menarik. Sebutlah apa anda inginkan namun dok iPod ini memberi kelainan untuk anda menikmati ‘masa peribadi’ dengan iringan muzik kegemaran. iCarta iPod Toilet Paper Holder ini tahan kelembapan, mempunyai fungsi pengecas dan pemain muzik yang juga bertindak sebagai pemegang kertas tisu. Ia dilengkapi empat pembesar suara stereo terbina, dan memerlukan plag AC untuk menghidupkannya. Pemegang kertas tisu boleh dilipat menjadi tapak pemain dan bersaiz 8” x 4” x 5”.

Mengurangkan Spam

 

Langkah mengurangkan spamAntara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurang asakan e-mel sampah atau spam.* Jangan mudah mendedahkan alamat e-mel dalam internet. Jika alamat tersebut perlu didedahkan, anda boleh menggunakan helah tertentu seperti “nama-at-hotmail-dot-com” agar ia sukar dikutip. Selain itu, anda boleh menukar bentuk alamat daripada teks kepada imej atau imej itu mengandungi alamat e-mel. * Semak samada alamat e-mel anda sudah terdedah kepada penghantar spam dengan mencari alamat itu menerusi enjin carian seperti Google. Jika alamat e-mel itu diposkan ke mana-mana tapak web, blog atau kumpulan berita, sila keluarkan. Ini boleh membantu mengurangkan jumlah spam yang diterima.* Sediakan dua (sekurang-kurangnya) alamat e-mel. Satu e-mel untuk kegunaan peribadi kepada teman dan rakan sekerja, dan satu lagi untuk melanggan surat berita atau mengepos kepada forum atau lokasi awam yang lain dalam internet. Gunakan khidmat e-mel percuma dan alamat e-mel yang sukar diteka.

Perisian keselamatan dan anti-spam

Anda boleh menggunakan perisian atau sut keselamatan internet yang efektif, seperti BitDefender, McAfee, Norton, CA, F-Secure, PC-cillin, Panda Platinum, Norman, ZoneAlarm, atau Kaspersky – yang dilengkapi fungsi perlindungan spam. Perisian ini menggunakan kaedah tertentu untuk mengesan spam dengan efektif. Antaranya menyekat atau mengizinkan e-mel berdasarkan alamat IP (Internet Protocol), perkataan tertentu selain menggunakan teknologi pintar. Kebanyakan sut boleh mengimbas imej grafik untuk mengesan spam.

Macam-macam gajet

Gajet adalah sesuatu peralatan yang digunakan untuk melakukan dan memudahkan individu melakukan tugas mereka atau melengkapi satu hasrat melakukan sesuatu. Jika gajet itu telefon ia digunakan untuk berhubung atau menghantar SMS atau merakam foto. Manakala jika gajet itu perakam video digital ia akan merakam video dalam bentuk digital dan ia mungkin disimpan dalam ke dalam kad storan atau sekeping DVD.

Pendidikan IT!

Today, the term Information Technology has ballooned to encompass many aspects of computing and technology, and the term is more recognizable than ever before. The Information Technology umbrella can be quite large, covering many fields. IT professionals perform a variety of duties that range from installing applications to designing complex computer networks and information databases. A few of the duties that IT professionals perform may include:

  • Data Management
  • Computer Networking
  • Database Systems Design
  • Software Design
  • Management information Systems
  • Systems Management