Langkah mengurangkan spamAntara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurang asakan e-mel sampah atau spam.* Jangan mudah mendedahkan alamat e-mel dalam internet. Jika alamat tersebut perlu didedahkan, anda boleh menggunakan helah tertentu seperti “nama-at-hotmail-dot-com” agar ia sukar dikutip. Selain itu, anda boleh menukar bentuk alamat daripada teks kepada imej atau imej itu mengandungi alamat e-mel. * Semak samada alamat e-mel anda sudah terdedah kepada penghantar spam dengan mencari alamat itu menerusi enjin carian seperti Google. Jika alamat e-mel itu diposkan ke mana-mana tapak web, blog atau kumpulan berita, sila keluarkan. Ini boleh membantu mengurangkan jumlah spam yang diterima.* Sediakan dua (sekurang-kurangnya) alamat e-mel. Satu e-mel untuk kegunaan peribadi kepada teman dan rakan sekerja, dan satu lagi untuk melanggan surat berita atau mengepos kepada forum atau lokasi awam yang lain dalam internet. Gunakan khidmat e-mel percuma dan alamat e-mel yang sukar diteka.
Perisian keselamatan dan anti-spam
Anda boleh menggunakan perisian atau sut keselamatan internet yang efektif, seperti BitDefender, McAfee, Norton, CA, F-Secure, PC-cillin, Panda Platinum, Norman, ZoneAlarm, atau Kaspersky – yang dilengkapi fungsi perlindungan spam. Perisian ini menggunakan kaedah tertentu untuk mengesan spam dengan efektif. Antaranya menyekat atau mengizinkan e-mel berdasarkan alamat IP (Internet Protocol), perkataan tertentu selain menggunakan teknologi pintar. Kebanyakan sut boleh mengimbas imej grafik untuk mengesan spam.